MAKSUD SEBENAR APA ITU SYIRIK DAN APA ITU ILMU



Firman Allah Maksudnya "Tahukah kamu orang-orang yang mendustakan agama?"      (Al Ma'un ayat 1)
Maksudnya. Maka kecelakaan  bagi orang-orang yang shalat . Orang-orang yang lalai didalam sembahyangnya" (Al Ma'un ayat 4).
   
Apakah Tuhan itu zalim, hinggakan orang yang sembahyang menyembahnya, hendak dilontarkan kedalam neraka wail, (orang yang lalai).  Maksud lalai disini bukanlah sembahyang melengah-lengahkan waktu atau zohor sembahyang subuh tidak, magrib sembahyang isyak tidak, (begitulah setengah pendapat tok-tok alim zaman ini).  Sebenar lalai  yang  dimaksudkan oleh Allah itu ialah orang yang didalam sembahyangnya ingat selain dari Allah, tidak kira orangitu ulamakkah, tok alimkah, tok lebaikah atau sesiapa sahaja, asalkan lalai didalam sembahyangnya masuk neraka.  Orang-orang yang begini lalai pun kena dan dusta pun kena.  Sebab apa dikatakan dusta?.  Sebab tidak kenal, hendak ingat kepada seseorang itu mestilah kenal  terlebih dahulu, tidak kenal tetapi dia kata dia ingat.  Terang-terang orang itu berdusta. Sebab itu layaklah orang seperti itu dihumban oleh Allah kedalam neraka


   Sebagai contoh; seorang jejaka ingat kepada seorang gadis, jejaka tersebut ingat sampai termimpi- mimpi, sebab jejaka tersebut kenal dengan gadis itu.  Allah jadikan kita untuk mengenalnya dan Allah kenal akan kita baharu ada kenal mengenal antara satu sama lain.  Jikalau kita sahaja yang ingat, bukan dinamakan cinta, tetapi dipanggil angau.  Orang bercinta jikalau tidak dapat lihat orang yang dicintai, dapat pandang bumbung rumah kekasihnya pun sudah cukup.  Sebab itu jikalau hendak cinta pada Tuhan, kenalah kenal betul-betul.

Hadis SAW 
; Bertanya sahabat kepada Rasullallah, "Apa amal yang paling afdhal ya Rasullallah?" Sabda Rasullallah, "Maarifatullah". Bertanya lagi sahabat kepada Rasullallah."Amal apa yang terlebih pahalanya ya  Rasullallah?'.  Jawab Rasullallah, "Maarifatullah".  Bertanya lagi kali ketiga oleh para sahabat, dan pada kali ini sahabat bukan lagi bertanya, tetapi membangkang.  "Kami bertanya dari segi amal, kenapa engkau menjawab dari segi ilmu ya Rasullallah?'.  (maarifatullah itu kaedah ilmu bukanlah kaedah amal).  Menjawab Rasullallah, "Sedikit beramal dengan mengenal Allah, terlebih munafaat, banyak beramal dengan tidak mengenal Allah tiada munafaat!". Tujuan para sahabat bertanya kerana mereka tamak akan pahala, kerana mereka hendak bersungguh-sungguh beramal dengan yang banyak pahala, dan yang kurang pahala mereka hendak ringankan.

   Kita selalu dengar dan terbaca didalam kitab-kitab atau buku-buku iaitu perkataan AWALLUDIN MAARIFATULLAH.  Perkataan itu terdapat beberapa pendapat, atau percanggahan pendapat oleh ulamak-ulamak sekarang.  Ada yang mengatakan bahawa perkataan tersebut bukanlah perkataan Rasullallah.



 Dengan itu perkataan MAARIFATULLAH itu ialah perkataan nabi ini kerana berdalilkan hadis diatas.  Akan tetapi berkemungkinan perkataan  AWALLUDIN itu ditambah oleh para ulama dahulu berdasarkan hadis diatas tadi, iaitu "Sedikit beramal dengan mengenal Allah lebih munafaat dan banyak beramal dengan tidak mengenal Allah tiada munafaat". Jadi sebelum kita membuat amal, wajiblah kita kenal Allah terlebih dahulu, jika tidak sia-sia sahajalah amalan kita itu.

AGAMA
   Apa erti agama?.  Erti agama ialah suruh dan tegah, iaitu di suruh mentauhid dan ditegah mensyirik.  Agama disisi Allah hanya ISLAM sahaja, kepada yang lain seperti nasrani, yahudi dll dipanggil kaum, bukan agama.  Firman Allah

Maksudnya
 "Katakanlah (wahai Muhammad ):’ Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah yang esa; Oleh itu sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh Dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun didalam beribadat kepada Tuhannya". (Al-Kahfi: 110).


SYIRIK

   Syirik terbahagi kepada dua, iaitu syirik jali dan syirik khafi.  Syirik jali ialah syirik yang terang iaitu seperti menyembah berhala, patung, pohon kayu atau apa-apa juga objek yang terdapat disekeliling. Sejahil-jahil orang Islam berkemungkinan tidak akan terkena kepada syirik jali.  Syirik khafi pula ialah syirik yang tersembunyi, yang mana kita tidak sedari dan ketahui yang kita terkena kepada syirik.  Bukanlah seperti tafsiran sesetengah ulamak masa kini, yang mana mereka tafsirkan syirik khafi itu ialah syirik kecil, atau syirik halus dan oleh kerana itu mereka meringankan dan meremehkan syirik khafi ini, seolah-olah boleh dikuis seperti seekor semut sahaja.  Sedangkan syirik khafi inilah yang paling di takuti oleh ulamak-ulamak zaman dahulu.  Walaupun syirik khafi namanya, tetapi hukumnya tetap syirik jali, sekiranya kita tidak mengenal Allah atau menyata akan Allah. Insyaalah kita akan buktikan di bab-bab yang akan datang.
   
Kita bertaubat siang malam dan pagi petang, tetapi syarat taubat tidak kita ikuti, iaitu; tinggalkan, menyesal dan tidak akan mengulangi lagi.  Bagaimana hendak ditinggalkan dan menyesal, sedangkan kita tidak ketahui kita kena syirik. Sampai ke mati pun kita tidak ketahui yang kita kena syirik.  Tetapi yang anehnya, kebanyakan cerdik pandai Islam sekarang mengatakan tidak mengapa, kerana syirik khafi ini halus, sekadar dosa kecil sahaja.  Tetapi bagi ulamak-ulamak zaman dahulu, syirik khafi inilah yang paling ditakuti oleh mereka, syirik jali tidak perlu ditakuti kerana tidak ada orang Islam yang akan kena dengan syirik jali.  Kita perlu waspada dengan syirik khafi  ini, sebab itulah kita perlu atau wajib ambil tahu tentang syirik khafi .

   Bagi orang-orang hakikat, sebesar zarah kena syirik khafi  seolah-olah sebesar gunung yang akan menghempap diri mereka, tetapi bagi orang-orang syariat, jikalau sebesar gunung pun mereka menganggap seperti seekor semut, yang dengan mudah mereka membuangkannya. 

 Sabda rasullallah Saw; "Tidak akan masuk syurga, jika ada walau sebesar zarah syirik".  Ini adalah amaran yang paling keras.  Tetapi kini adakah cerdik pandai Islam mendedahkan perkara yang penting ini?.  Perkara-perkara seperti ini jarang sekali kita dengar, malahan tidak pernah ada perbincangan secara terperinci didalam masyuarat Islam kita.  Jikalau adapun datangnya dari sebilangan kecil guru-guru hakikat, itupun mendapat tentangan dan cemuhan, dan dituduh menyeleweng, sesat dsb.  Yang paling menyedihkan ialah tuduhan dan cemuhan begitu datangnya dari apa yang dinamakan cerdik pandai Islam.  Mereka ini menyuruh kita bincang bab lain banyak-banyak, tetapi tentang hakikat jangan dikaji dan dipelajari, nanti jadi sesat atau gila isim, dan dimasukkan pula kedalam internet, iaitu didalam senarai ajaran sesat.  Amat menyedihkan didalam bilangan yang keempat belas, ILMU MENTAUHIDKAN ALLAH tercatit sebagai ajaran sesat.  Jadi jikalau tidak boleh mentauhidkan Allah, buat apa lagi sembahyang sampai lebam dahi, lebih baik tidak usah, buang masa sahaja.

   Syirik khafi setiap saat kita kena tetapi jikalau kita pelajari ilmu hakikat kita tahu kita kena, sebab ada isyaratnya, ibarat lampu isyarat yang merah.  Jikalau buat ibadat banyak-banyak, tetapi tidak tahu kena syirik, kedalam nerakalah tempatnya, kerana Allah sudah tegaskan bahawa dosa syirik adalah dosa yang tidak diampun.  Tidak kira syirik jali atau syirik khafi.  Punca-punca kena syirik sebab tidak maarifat atau mengenal Allah.  Itulah didalam Islam ada ilmu syariat, ilmu tarikat, illmu hakikat dan ilmu maarifat, keempat ilmu ini kenalah jalan seiring, jikalau tidak nerakalah tempatnya.

   Sabda nabi Saw ; "Beramal tanpa ilmu sesat yang amat sangat, dan berilmu tanpa amal dosa yang amat besar".  Orang yang berilmu jikalau beramal pasti  menjadi, tetapi orang yang tidak berilmu membuat amal tidak menjadi dan sia-sia.  Ilmu apakah yang dimaksudkan?.  Jikalau ilmu sembahyang atau ilmu puasa, yakni ilmu fekah, tidak dinamakan sesat, tetapi dikatakan jahil sahaja.  Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu MAARIFATULLAH, iaitu ilmu mengenal Allah, (insyaallah kita akan buktikan dibab-bab yang akan datang).  Barang siapa yang tidak MAARIFATULLAH bukan sahaja duduk didalam kesesatan, bahkan sentiasa mensyirikkan Allah.  Kaum kafir itu sesat kerana syirikkan Allah.  Jikalau kita bertanya kepada yang sedang pegang gaharu sembah  berhala, ini Tuhankah?.  Nescaya jawabnya, "bukan, tuhan alah, sambil menuding jari telunjuknya keatas.  Jikalau kepada orang Islam pula kita bertanya, engkau sembahyang sembah apa?.  Tentu jawabnya, "sembah Allah".  dan kita tanya lagi, dimana Allah?.  Nescaya terpinga-pingat tidak tahu dimana, dan ada juga yang menuding jari telunjuknya keatas.  Lagi teruk dari orang kafir, kerana orang-orang kafir sembah berhala sebab tidak tahu Allah, tetapi orang Islam tahu adanya Allah dan tidak tahu dimana (tak boleh nyata).  Jikalau seperti ini, didalam neraka besok orang kafir kata, "Gua kencing luu kena", sebab kita duduk dibawah dari mereka.

   Ada juga yang berkata, "kita ini muda lagi, esok bila sudah tua kita mengajilah".  Perkataan begini seolah-olah mereka lebih pandai dan tahu dari Tuhan, sebab mereka tahu bila hendak mati, iaitu seperti maksud mereka mati tua.  Ada pula seorang ahli kasyaf berkata, yang beliau baharu sahaja baligh tiga tahun, sedangkan usianya sudahpun tujuh puluh tiga tahun, kerana beliau baharu tiga tahun mengenal Allah.  Kita tidak mahu baligh umur, tetapi apa yang kita mahu ialah baligh akal, maksudnya akallah yang dapat memaarifatkan Allah.

   Apakah tujuan Allah jadikan kita?. Saja-sajakah?.  Atau untuk apa? Sedangkan kita tahu Allah itu maha kaya dan maha kuasa, jikalau Allah tidak mencipta makluk pun tidak jadi apa-apa kepada DIA.  Tetapi apa sebabnya diciptanya makhluk?  Sebenarnya Allah ciptakan makhluk ialah untuk menyatakan akan diriNYA yang tidak nyata, jikalau DIA tidak mencipta makhluk, DIA hendak nyata dimana?.  Bagaimana pula untuk menyatakan Allah?.  Jawabnya dengan jalan MAARIFAT.  Bagaimana pula hendak MAARIFAT?.  Jawabnya dengan jalan TAUHID.

   Didalam banyak-banyak makhluk ciptaan Allah, makhluk yang berbangsa insan sahajalah yang mendapat pujian dari Allah, kerana makhluk berbangsa insan sahajalah yang boleh dan lebih tepat untuk menyatakan diriNYA yang tidak nyata. 

Firman Allah;   Maksudnya:
"Sesungguhnya Aku telah menciptakan insan dengan bentuk  semulia-mulia kejadian. Kemudian kami kembalikan ketempat yang serendah-rendahnya"      (AT TIN: 4 dan 5). 

Apakah sebabnya setelah dipujinya insan dan selepas itu dikembalikan kepada kehinaan?.  Sebabnya, Allah jadikan insan untuk menyatakan diriNYA yang tidak nyata, tetapi apabila insan yang tidak dapat menyatakanNYA maka sia-sia sahajalah dijadikan insan itu.  Sebab itu jikalau insan yang tidak boleh menyatakan Allah, tidak dipanggil insan, tetapi dipanggil manusia?.  Yakni yang sia-sia didunia dan diakhirat.  Allah hanya puji insan dan bukan manusia (Nas/Manusia), Allah puji insan yang boleh menyatakanNYA.  Insan pun masih belum selamat. 

Firman Allah;
Maksudnya :
"Demi masa, sesungguhnya insan (manusia)  itu didalam kerugian, kecuali insan yang beramal soleh dan berpesan-pesan kearah kebaikan dan berpesan dengan kesabaran ".   
   ( Al-Asri: 1, 2 dan 3 ). 

Beriman yakni sentiasa NYATA akan Allah dan beramal soleh, sentiasa ingat akan Allah setiap masa dan detik.
   
Hendak menyata akan Allah, mestilah kenal, tetapi setakat mana kita kenal akan Allah?.  Insyaalah kita akan cuba hurai dan fahamkan dengan kaedah ilmu ini di bab-bab seterusnya.  Petikan firman, "Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari fahsya dan mungkar".  Tetapi jikalau sembahyang tidak dapat mencegah dari fahsya dan mungkar, sembahyang itu tidak terpakai dan jikalau sebenar sembahyang ia dapat mencegah dari perkara-perkara tersebut, kerana sebenar sembahyang ialah menyata akan Allah.  Kemungkaran yang paling besar ialah mensyirik akan Allah.  Jikalau sembahyang masih mensyirikkan Allah sampai bila-bila pun tidak dapat mencegah dari fahsya dan mungkar, kerana itu wajiblah kita ketahui bagaimana untuk dapat menyata akan Allah.  Ada juga yang berkata apabila belajar ilmu hakikat, syariat tidak perlu ditunaikan, jikalau pendapat seperti itu, suruhlah dia berjalan dengan kaki sebelah, atau suruh dia letak nasi dihadapannya dan suruh nasi itu sendiri masuk mulutnya, jikalau dia boleh lakukan bolehlah dia tinggalkan syariat.


   Perlulah ditegaskan lagi disini, bahawa SYARIAT, TARIKAT, HAKIKAT, MAARIFAT ialah satu gabungan yang utuh, yang tidak boleh dipisahkan, dan jikalau dipisahkan antara satu sama lain bermakna pincanglah amalan.  Bolehlah diibaratkan disini;  SYARIAT ibarat perlakuan kaki yang melangkah, TARIKAT ibarat jalan yang hendak dilalui, HAKIKAT ibarat ilmu sebenar atau bulat iktikad hendak ditujui, dan MAARIFAT ibarat tempat yang sebenar hendak ditujui.  Dari itu dapatkah dipisahkan atau diceraikan antara keempat-empat gabungan tersebut?.
 
RENUNGAN

"Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi.  Aku ingin diketahui.  Maka aku  menciptakan  makhluk  agar  mereka mengenal Aku"
(Hadis Qudsi).

"Aku adalah 'Kanzun Mahfiyya' (yang terpendam dan tertutup).    Aku ingin ditemukan dan dikenal.  Aku ciptakan makhluk agar mereka mengenal Aku. 
(Hadis Qudsi).

Sabda Rasul SAW,
. Ilmu itu ada dua macam.  Pertama: Ilmu lisan,    sebagai hujjah Allah  dan kepada  hambanya.  Kedua: Ilmu batin yang  bersumber  dilubuk hati,  ilmu inilah  yang  berguna  untuk    mencapai tujuan pokok dalam ibadah.


DOA RASULLALLAH

Ya Allah, tunjukkilah kami bahawa kebenaran itu adalah sesuatu yang benar dan berilah kami kemampuan untuk mengikutinya.  Dan tunjukkanlah kepada kami bahawa kebatilan itu adalah sesuatu yang batil, maka itu berikanlah kami kemampuan menjauhinya". (hadis Nabi).


No comments:

Post a Comment